BPFM's FotoPage

By: BPFM SPORTS CLUB

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 25-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Carrom Tournament 2007 - Single Man/Woman

1st round....
alamak..camne nih..
kena ke tak nih...
View all 23 photos...
Once again we at BPFM Club telah menganjurkan pertandingan Carrom 2007 untuk semua ahli yang berbayar (ada ke yg tak bayar??).. Untuk makluman semua, this tournament starting from 25th June until 31st July 2007. Seramai 84 ahli telah mengambil bahagian untuk menyahut cabaran tersebut untuk bergelar "CHAMPION".

Pusingan pertama telah berlangsung selama 1 bulan untuk menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya. Untuk ke separuh akhir, seramai 6 peserta bagi kategori lelaki dan perempuan telah dipilih. Nama-nama mereka yang layak adalah seperti berikut:-

Kategori Lelaki:
Amran, Hafiz Hazizi, Anizam, Zul, Nazida & Roslee

Kategori Wanita:
Izdina, Azlina, Sazilawati, Zaharina, Irdawati & Nur Izzaty

Pada 26 July 2007, perlawanan Akhir telah berlangsung untuk menentukan siapa yang layak digelar "CHAMPION" of the year. Berikut adalah senarai nama-nama pemenang...Tahniah...!!! aku ler sape lagi...hehehe....

Lelaki:
1st : Amran Abdullah - Major Account
2nd : Roslee Lam - Data Mgmt
3rd : Zul Had - Debt Mgmt - DCA
4th : Anizam Idris - Debt Mgmt - DCA
4th : Nazida Osman - Credit Project Mgmt
4th : Hafiz Hazizi Kamarudin - MIS & ICMS Support

Wanita:
1st : Zaharina Zainal Abidin - Retails Account
2nd : Izdina Mohd Daud - Special & Major Accts
3rd : Nur Izzaty Yeoh Abdullah - Marketing
4th : Irdawati Yasir - CB Operation
4th : Sazilawati Salehudin - Financial Analysis Dept
4th : Azlina Azizan - Credit Effectiveness & Enforcement

the men's champion..

the women's champion


the men's finalist..




Tuesday, 23-May-2006 06:05 Email | Share | | Bookmark
Aksi-aksi menarik sepanjang pertandingan......

aku la...Abg Shai...malu tapi mau...
AJK Bowling 2006...
Perghh...boleh laaaaa.....
View all 12 photos...
For those yang tak puas lagi nak tengok gambor...sila-sila laaa.....click...manatau gambor anda ada terselit dicelah-celah bedah....ye takk?? ada gak kenangan....dan sapa-sapa yang tak pergi join the game hari tuh..terasa rugi betul....bukan selalu ada.....at least boleh release tensionnn..!!

Dan tidak lupa juga ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada Nazida, Suhailla and Faiza di atas sumbangan gambar-gambar yang berjaya mereka rakamkan. Tanpa mereka nih...takde la kenangan-kenangan manis di BPFM Bowling Tournament 2006......!!!

ariosss........


Tuesday, 23-May-2006 05:28 Email | Share | | Bookmark
Smile..Smile....You're in Candid Camera...!!!

eh..eh..macam nak marah jee...
alamak...tersepit plakk...tutttt..!! aduuu...
iyaa..nih dia bola dragon ballz...hahaha..
View all 18 photos...
Kalau sebut pasal candid camera....sumer orang takut..eee..camne gambar aku ekk..??...Ha time-time camni la seronok kita tangkap gambar. Baru la kita tau sedikit sebanyak aksi-aksi kita tanpa perlu "maintain macho" depan kamera..ye tak..?

Untuk sesapa gambarnya yang ada dalam slot candid nih...terlebih dahulu patik mintak ampun dan maaf...sebab gambor nih diamik tanpa kebenaran korang..!! Takkan tak boleh gurauuu.....kan!! kan!!

Hua..hua..hua...



Monday, 22-May-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
BPFM Bowling Tournament 2006.....meriah.!

Team Toll Free Svc....dulu mereka pernah kerja kat Toll..
Team Itemised Bill.....sini boleh bayar bill ker??
Team WiFi.....ker HiFi....?
View all 12 photos...
Toll Free Service Juara mutlak….2006 !!
Oleh : Buletin BPFM Sports Club

Keputusan perlawanan bowling Tenpin BPFM Sports Club 2006 telah pun diketahui. Pertandingan yang diadakan di Pandan Strikers Bowl, Pandan Lake Club pada 20 Mei 2006 bersamaan dengan hari Sabtu telah dirasmikan oleh En. Nazaruddin selaku penaung kelab sukan BPFM. Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk mengumpul warga BPFM agar mempunyai semangat kesukanan dan setiakawan serta bersuai kenal diantara kakitangan dapat diterapkan dikalangan mereka. Ia paling utama supaya BPFM mempunyai kakitangan yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG….

Semasa pertandingan, kesemua pemain telah menunjukkan semangat berpasukan dan setiakawan yang tinggi pada hari bersejarah tersebut. Kesemua pemain yang bertanding telah memenuhi ruang legar Pandan Strikers Bowl seawal jam 8.30 pagi sambil ditemani oleh kaum keluarga untuk memberikan sokongan moral yang jitu.

Acara telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj.Khairul dari Data & Revenue Mgmt Dept. dan selepas itu En.Naza telah memberi kata-kata aluan sebelum memulakan pertandingan. Selepas berucap beliau telah memulakan@merasmikan acara tersebut dengan membuat balingan pembukaan tepat jam 10.00 pagi.

Toll Free Svc yang diwakili oleh Khairuddin, Nazida, Suhailla dan Rosdina telah menunjukkan taring mereka dengan mengutip mata kemenangan dengan jatuhan pin 1467. Tempat kedua pula iaitu kumpulan Itemised Bill dengan jatuhan pin 1460 dan ketiga kumpulan Wi Fi dengan jatuhan pin 1359. Ketua pasukan Toll Free Svc iaitu Khairuddin berkata kemenangan kumpulan mereka adalah kerana tuah. Lorong mereka agak kontroversi kerana terdapat beberapa pin yang jatuh sendiri sebelum dijatuhkan. Ini telah memberikan sedikit kelebihan pada pasukan mereka walaupun cuba dibantah oleh beberapa pasukan lain. Ini telah diakui oleh ketua pasukan Minutes iaitu Hj.Khairul kerana katanya Lorong mereka juga ber“tuah”(Lane 2) walaupun gagal mencapai kemenangan. Walaubagaimanapun jatuhan tetap dikira sebagai strike oleh pengadil walaupun hanya 9 pin sahaja yang jatuh kerana keputusan pengadil adalah muktamad.

Pasukan yang paling berpotensi untuk mara ke Sukan Commonwealth iaitu pasukan 3G telah dianugerahkan pasukan “Paling Ceria”. 3G diwakili oleh Aznizal, Hafiz, Kamarul Udin dan Nor Faiza sepatutnya cemerlang kerana terdapat kelebihan. Ini adalah kerana pasukan mereka mempunyai 3 orang lelaki tetapi hampa kerana mereka terlalu penat selepas terlebih berlatih. Kata salah seorang pemainnya yang namanya tidak disebut, “pertandingan pada hari itu adalah suka-suka sahaja”, kerana dia ada sasaran lain iaitu sukan yang paling berprestij. Apa-apa ajelaaaa…….

Bagi kategori “The Most Improvement Bowler” pula telah dimenangi oleh En.Rahim dari pasukan Power Tools dan wanita pula ialah Pn.Nadia dari pasukan Peterpan. Tahniah diucapkan kepada mereka….Tahniah! Tahniah!...bukan senang nak dapat penghargaan nih…hehe

Untuk kategori “Fun Bowler” pula telah dimenangi oleh En.Roslee Lam dari pasukan Mad Nation manakala Rosdina Hassan dari pasukan Toll Free Svc pula untuk kategori wanita.

“Well Behave Bowler” telah dianugerahkan kepada En.Shahrul Eqram dari pasukan Wap Portal dan Rofidah dari pasukan Peterpan.

Secara keseluruhannya pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar dan AJK Kelab Sukan BPFM ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan atau kekurangan yang timbul di sepanjang pertandingan dijalankan. Bagaimanapun mereka ini telah berjaya menerapkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu diantara mereka bagi menjayakan pertandingan ini. Tahniah sekali lagi !!!

Diharap semoga pertandingan seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun supaya dapat mengurangkan tekanan atau bebanan kerja setiap hari disamping dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim diantara kakitangan BPFM secara amnya..


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net